how to create a site for free

Assalamualaikum Saudara dan Saudari sekalian,

Alhamdulillah, semua Qurban dan Akikah anda untuk tahun ini telah pun siap dilaksanakan. Terima kasih atas sumbangan anda dalam menjayakan Program Qurban/Akikah Kemboja 2020.

Kami sedang dalam proses pengumpulan gambar perlaksanaan dan sijil dari wakil pelaksana di Kemboja. Proses ini dijangka akan mengambil sedikit masa (anggaran 4 ke 6 minggu dari tarikh hari raya haji). Ia berikutan Qurban dan Akikah anda dilaksanakan di kawasan pedalaman dan gambar-gambar sembelihan diambil oleh wakil penduduk setempat.

Pihak kami akan maklumkan melalui e-mail dan juga melalui kiriman pos, mengikut pilihan yang dibuat ketika mengisi borang.

Pihak kami berharap para peserta dapat memahami cabaran melaksanakan Qurban/Akikah tahun ini dan dapat bersabar menunggu gambar dan sijil perlaksanaan anda.

Sekali lagi ribuan terima kasih diucapkan atas penyertaan anda. Semoga Allah menerima ibadah kita.

Sekian, Terima Kasih.

Salam Akikah Korban

 

RENCANA MISI QURBAN 2020

Terima Kasih atas penyertaan saudara dan saudari.

Jumlah penyertaan lembu qurban dan akikah yang berjaya dikumpul pada tahun ini adalah sebanyak :  316 ekor. 

Jumlah derma yang berjaya dikumpul adalah sebanyak : RM 17 000.

Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih dengan penyertaan dan sumbangan anda. Sumbangan daging qurban dan akikah anda pasti mendatangkan keceriaan kepada saudara se-Islam kita di Kemboja yang memerlukan.

Tahun ini buat pertama kali team kami tidak dapat ke Kemboja untuk menguruskan Qurban akibat larangan keluar negara yang dikenakan sempena PKP.

Seluruh urusan Qurban dan Akikah akan dilaksanakan oleh rakan pelaksana di Kemboja yang telah bersama kami sejak 10 tahun yang lalu.

Anggaran kampung yang akan menerima agihan lembu tahun ini adalah 54 buah.

Bagaimana Derma Anda Diagihkan.

Derma dari sumbangan Program Selenggaraan Surau/Masjid akan diagihkan mengikut keperluan setiap masjid/surau yang akan dilaporkan oleh rakan pelaksana ketika perlaksanaan Qurban. (Pembayaran bil utiliti, baik pulih dan sebagainya).

Semua derma akan disalurkan selepas pihak kami menilai permohonan yang diterima.

Laporan agihan derma yang lengkap akan disediakan di sini setelah proses agihan selesai( InsyaAllah dalam bulan September)

Kami juga akan menyalurkan sumbangan anda kepada Madrasah Tahfiz Al-Iman di wilayah Prek Pra. Program tajaan biasiswa diwujudkan untuk membantu para pelajar yang rata-ratanya miskin dari pedalaman Kemboja. InsyaAllah tahun ini, hasil sumbangan anda dapat menaja yuran pengajian dan asrama untuk 20 pelajar miskin selama setahun.
 

Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan dan penyertaan tuan-puan pada Qurban tahun ini.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA BUAT SEMUA.
 

Copyright (c) 2020 Salam Akikah Korban. Terms of Use | Privacy Policy

BAGAIMANA UNTUK MENGHUBUNGI KAMI?

Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah yang memerlukan perhatian kami, sila hubungi kami di talian 03-8062 0029 atau Whatsapp team kami di talian 011-57852115.

SUDAHKAH KORBAN SAYA DILAKSANAKAN?

Update secara langsung dari lapangan untuk setiap individu tidak dapat dilaksanakan berikutan penyertaan yang ramai, kekangan lokasi dan ketiadaan Team kami di sana. Kami berharap para peserta dapat memahami cabaran melaksanakan Qurban di luar negara tahun ini.

JADI BILA SAYA BOLEH MULA MEMOTONG KUKU?

Qurban dan Akikah anda dijadualkan dilaksanakan pada : 31 Julai hingga 3 Ogos 2020

Walaubagaimanapun anda disarankan untuk menunggu hingga maghrib 3 Ogos sebelum mengakhiri sunat tidak memotong kuku. InsyaAllah pada 3 Ogos semua sembelihan telah selesai.

BILA BOLEH SAYA DAPAT GAMBAR DAN SIJIL?

Kami akan memulakan proses menghantar gambar sekembalinya dari Cambodia. (proses akan mengambil masa dari 4 ke 6 minggu dari tarikh hari raya haji .