mobirise.com

WAKAF MASJID RHATANAKIRI KEMBOJA

LOKASI : RATHANAKIRI, KEMBOJA (12 jam perjalanan dari bandar Phnom Penh, berhampiran sempadan negara Vietnam)

SASARAN : Masyarakat Islam minoriti pedalaman Rhtanakakiri, Kemboja.

KOS PROJEK : RM 250,000.00

KELUASAN : 2744 Kaki Persegi.

TEMPOH PEMBINAAN : 2013 - 2018 

PERKEMBANGAN MASJID TERKINI : TELAH SELESAI DISIAPKAN

GAMBAR TERKINI - JULAI 2019

Fasa pembinaan tandas dan ruangan wuduk lelaki dan perempuan sedang dilaksanakan.

Pengubahsuaian dari pelan asal untuk menempatkan ruangan tandas dan wuduk di bawah ke level sama paras dengan bangunan masjid bagi memudahkan jemaah.

Pembelajaran akademik/agama untuk kanak-kanak telah mula menggunakan ruangan masjid.

Masjid dibina tinggi bagi mengelakkan air banjir yang sering berlaku di Kemboja.

WAKAF MASJIDRHATANAKIRI KEMBOJA

Kos yang masih dipelukan adalah dalam anggaran RM25 000.00 untuk membina bilik jenazah, tandas awam dan tempat mengambil wuduk.

TAJAAN BIAYASISWA UNTUK PELAJAR TAHFIZ AL-IMAN

Tajaan yuran pengajian sebanyak RM20 sebulan yang meliputi yuran pengajian dan yuran penginapan dan makan minum untuk pelajar - pelajar miskin dari kawasan pedalaman sekitar Kemboja.

Isu paling mendesak di Kemboja adalah kemiskinan yang menyebabkan ramai kanak-kanak dan remaja tidak dapat ke sekolah. Alternatif yang ada adalah belajar di sekolah agama yang yurannya lebih murah disamping dapat mempelajari subjek lain selain agama.

WAKAF SELENGGARAAN SURAU

Antara keperluan di setiap kampung yang kami lawati adalah kos penyelenggaraan surau-surau yang banyak dibina oleh penaja dari negara luar. Kebanyakan surau-surau ini berada dalam keadaan yang daif akibat tidak diselenggara dengan baik. Tabung ini diwujudkan bagi menyediakan dana untuk kerja-kerja mengecat, baik pulih solar panel/lampu dan sebagainya.