free web builder

MISI
MEMBANTU RAKYAT MALAYSIA MELAKSANAKAN IBADAH KORBAN DAN AKIKAH DENGAN MUDAH DAN YAKIN, DALAM MASA YANG SAMA MEMBANTU MENAIKKAN TARAF SOSIO EKONOMI PENDUDUK MISKIN DI KEMBOJA.

TENTANG KAMI

Salam Akikah Korban adalah sebuah syarikat berdaftar dengan SSM dengan nama AKIKAH KORBAN ENTERPRIZE (002240949-A). SALAM AKIKAH KORBAN merupakan nama dan penjenamaan kami. Kami berpengalaman melaksanakan program akikah dan qurban di Kemboja sejak dari tahun 2007 lagi. Kami menyediakan perkhidmatan perlaksanaan Ibadah Akikah dan Qurban untuk rakyat Malaysia. Kami juga turut menjalankan projek pembinaan utiliti dan masjid di negara Kemboja. Walaupun kami berstatus syarikat, kami banyak memfokuskan kepada projek-projek komuniti dan pembangunan infrastruktur terutamanya untuk pendidikan di kawasan pedalaman Kemboja.

Kami melaksanakan program stimulasi ekonomi melalui penternakan dikalangan petani yang rata-ratanya miskin dan daif di sana.

Kami juga menyalurkan bantuan berbentuk pembangunan infastruktur dan biasiswa pendidikan.

Antara projek yang kami laksanakan adalah :

  1. Pembinaan Pusat Ibadah dan Masyarakat Rhatanakiri, Kemboja. (Melalui pembiayaan bersama individu dan agensi lain).
  2. Biasiswa pelajar di Madrasah Al-Iman, Prek Pra, Kemboja.
  3. Projek baik pulih sekolah tadika masyarakat.
  4. Pembelian solar panel dan sistem siar suara kepada beberapa buah surau dan sekolah di pedalaman Kemboja.
  5. Pembinaan telaga komuniti.
  6. Pembelian bahan bacaan dan buku serta alat tulis kepada sekolah.
  7. Tajaan jersi bola sepak dan peralatan sukan kepada kumpulan belia.


POLISI PEMULANGAN SEMULA WANG

SEMUA TEMPAHAN BOLEH DIBATALKAN DALAM MASA 3 HARI BEKERJA ATAU SEBELUM PERLAKSANAAN DILAKUKAN. SILA HUBUNGI TALIAN 03-8062 0029 UNTUK PROSES PEMULANGAN SEMULA WANG. SEKIRANYA PERLAKSANAAN TELAK DILAKUKAN, TIADA PEMULANGAN WANG AKAN DILAKUKAN.

POLISI PERLINDUNGAN DATA MAKLUMAT
Maklumat peribadi anda akan dirahsiakan selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi.

POLISI PERLAKSANAAN.
Tempahan anda akan dilaksanakan dalam masa 7 hari setelah bayaran diterima. Pada musim qurban, perlaksanaan akan dilakukan pada hari-hari Tasyrik.

PASUKAN KAMI
Semua yang terlibat merupakan sukarelawan yang tidak berbayar. Kami mempunyai kerjaya masing-masing dan melaksanakan projek ini 2 kali setahun sahaja, iaitu pada bulan Ramadhan dan Musim Qurban.
 
PengurusI :
Saudara Arif Hakim Aziz

Pegawai Penasihat Perlaksanaa :
Saudara Isa Bin Nordin
Saudara Mohd Ali Riza

Eksekutif Pentadbiran :
Nurhafiza Isa

Pembantu Pentadbira
Mohd Effendi Aziz

Kordinator Perlaksana
Saudara Hakim Tolos
Saudara Abdul Ghoni



Salam Akikah Korban

ALAMAT
SALAM AKIKAH KORBAN

Avenue Business Center, 1-01-05, Blok I,Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong, Selangor.


CONTACTS

Email: admin@akikahkorban.com
Phone: 03-8062 0029