portfolio website templates

Lihat Gambar Perlaksanaan tahun 2018

Semua urusan penghantaran gambar dan sijil telah selesai. Sekiranya anda memilih untuk menerima salinan bercetak, anda telahpun menerima kiriman pos dari kami.
Sekiranya anda memilih untuk menerima salinan digital, anda telahpun menerima e-mail dari kami dengan link ke portal peribadi anda.

RINGKASAN MISI AMAL QURBAN/AKIKAH 2019

Pihak kami akan berada di Kemboja bermula dari 10 sehingga 15 Ogos 2019 ini. Jumlah penyertaan lembu yang berjaya dikumpul pada tahun ini adalah sebanyak 462 ekor. Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih dengan penyertaan dan sumbangan anda. Sumbangan daging qurban dan akikah anda pasti mendatangkan keceriaan kepada saudara se-Islam kita di Kemboja yang memerlukan. 

Team kami akan berkunjung ke beberapa buah kampung di kawasan pedalaman yang terletak kira-kira 4 hingga 8 jam perjalanan dari Phnom Penh untuk melaksanakan Qurban/Akikah, menyalurkan bantuan selenggaraan masjid/surau, bantuan kepada pelajar miskin melalui program biayaan yuran pengajian dan sumbangan untuk kanak-kanak miskin. 

BAGAIMANA HENDAK MENYEMAK PENDAFTARAN
Anda boleh menyemak e-mail yang terdahulu. Bersama e-mail tersebut disertakan pautan ke portal peribadi anda. Di sana anda boleh melihat salinan digital resit, maklumat pendaftaran, sijil dan gambar perlaksanaan (akan dimuat naik kemudian, proses penghantaran gambar/sijil akan mengambil masa dari 2 ke 4 minggu selepas tarikh pulang). Anda juga boleh ke laman web akikahkorban.com dan klik di ruangan semakan pendaftaran. 

BAGAIMANA UNTUK MENGHUBUNGI KAMI?
Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah yang memerlukan perhatian kami, sila hubungi kami di talian 03-8062 0029. Update secara langsung di lapangan tidak dapat dilakukan berikutan lokasi yang jauh dipedalaman, penyertaan yang ramai dan kesibukan melaksanakan sembelihan. Harap para peserta dapat memahami cabaran-cabaran yang kami lalui di lapangan. 

BILA QURBAN/AKIKAH AKAN DILAKSANAKAN?
Qurban dan Akikah anda dijadualkan dilaksanakan pada : 11,12 & 13 Ogos 2019. Walaubagaimanapun anda disarankan untuk menunggu hingga maghrib 13 Ogos sebelum mengakhiri sunat tidak memotong kuku. Ini berikutan keadaan yang tidak menentu di lapangan (musim hujan ketika ini di Cambodia). InsyaAllah pada hari 13 Ogos semua sembelihan telah selesai. 

Sahabat yang dirahmati Allah SWT sekalian. Kami mohon maaf sekiranya ada kekurangan kami dalam menguruskan pendaftaran sahabat semua. Kami terima perwakilan perlaksanaan dari anda dan InsyaAllah akan sedaya upaya melaksanakan amanat anda sebaik mungkin. 

Semoga Ibadah kita semua diterima Allah SWT, aamin. 

Arif Hakim Abdul Aziz
Koordinator Program Qurban 2019

Bagaimana Derma Anda Diagihkan.


Kami akan melawati beberapa buah kawasan pedalaman meninjau keadaan surau/masjid di sana. Derma dari sumbangan Program Selenggaraan Surau/Masjid akan diagihkan mengikut keperluan mendesak di kawasan berkenaan.

Kami juga akan menyalurkan sebahagian sumbangan anda kepada Madrasah Tahfiz Al-Iman di wilayah Prek Pra. Program tajaan biasiswa diwujudkan untuk membantu para pelajar yang rata-ratanya miskin dari pedalaman Kemboja

Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan dan penyertaan tuan-puan pada Qurban tahun ini.


.