Terima kasih atas penyertaan & sumbangan anda.
Alhamdulillah, dengan izin Allah dan sokongan daripada saudara-saudari semua, berikut adalah pencapaian Program Qurban & Akikah 2025:
📌 Pencapaian 2025:
* Jumlah Lembu Qurban & Akikah: 124 ekor
* Jumlah Derma Diterima: RM1,000
* Kampung Menerima Agihan Daging: 34 buah kampung di Kemboja
❤️ Sumbangan Anda Membawa Senyuman
Sumbangan daging Qurban dan Akikah telah memberi keceriaan kepada saudara se-Islam kita di Kemboja yang hidup dalam serba kekurangan. Ribuan terima kasih kami ucapkan atas sokongan yang amat bermakna ini.
🕌 Bagaimana Derma Anda Digunakan?
Sumbangan melalui Program Derma Surau/Masjid disalurkan berdasarkan keperluan sebenar yang dikenal pasti oleh rakan pelaksana kami semasa program berlangsung. Antaranya termasuk:
* Bayaran bil utiliti
* Kerja baik pulih asas
* Keperluan mendesak lain
Agihan akan bermula selepas semua perlaksanaan Qurban & Akikah diselesaikan, iaitu bermula 14 Jun 2025.
🎓 Projek Pendidikan: Akademi & Tahfiz di Ratanakiri
Sebahagian derma anda juga akan disalurkan kepada projek pembinaan Pusat Pembelajaran Tahfiz & Akademi di Ratanakiri, Kemboja.
Melalui program tajaan biasiswa ini, seramai 20 pelajar miskin** akan menerima tajaan penuh pengajian dan asrama selama 1 tahun hasil sumbangan anda.
-
📄 Laporan Agihan Lengkap
Laporan penuh agihan derma akan dikongsikan sebaik sahaja semua proses agihan selesai, insya-Allah.
Semoga segala amal jariah dan ibadah kita diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada misi ini.
Salam hormat,
Team Salam Akikah Korban 2025