Alhamdulillah,
Proses penghantaran gambar dan sijil bagi musim Qurban tahun ini telah selesai sepenuhnya dan telah dihantar kepada semua peserta.
Sila semak e-mel anda atau klik butang semakan di bawah untuk mengakses maklumat tersebut.
Dengan ini, berakhirlah pelaksanaan ibadah Qurban/Aqiqah bagi tahun ini.
Pihak keluarga Salam Akikah Korban ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta dan para penyumbang yang telah mempercayai dan menyokong program amal ini.
Kami juga dengan rendah hati memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan sepanjang pengendalian program Qurban dan Aqiqah ini.
Moga kita dipertemukan lagi pada musim Qurban yang akan datang.
Semoga Allah menerima segala pengorbanan kita dan mengukuhkan lagi kasih sayang sesama insan.
Ibadah kepada Allah, kasih kepada sesama manusia.
📌 Semak no lembu anda dengan klik pada butang SEMAKAN di bawah.
📌 Status sembelihan akan dikemaskini pada jam 8 malam setiap hari.
📌 7-21 hari untuk proses penghantaran gambar kepada peserta.
📌 Semak e-mail anda untuk butiran lanjut.
Assalamualaikum,
Terima kasih kerana mendaftar untuk Program Qurban & Akikah Amal 2025.
__________________________________
📌 RINGKASAN MISI AMAL 2025
Jumlah penyertaan lembu yang berjaya dikumpul pada tahun ini adalah sebanyak 145 ekor yang akan diagihkan ke lebih 40 buah kawasan pedalaman di Kemboja. Derma wakaf yang dikumpulkan tahun ini adalah sebanyak RM 5,417.11. Derma ini akan disalurkan kepada beberapa projek pembangunan masyarakat di Kemboja dan juga mengikut keperluan mendesak yang akan dinilai oleh wakil kami nanti. Laporan penuh agihan akan dipamirkan di sini selepas semua urusan qurban selesai.
Semoga daging Qurban dan Akikah ini membawa keceriaan kepada saudara se-Islam kita yang amat memerlukan.
__________________________________
📝 SEMAKAN PENDAFTARAN
Anda boleh menyemak semula e-mel terdahulu yang mengandungi pautan ke portal peribadi anda.
Di portal tersebut, anda boleh melihat:
✅Resit digital
✅Maklumat pendaftaran
✅Sijil
✅Gambar perlaksanaan (akan dimuat naik dalam anggaran 1 hingga 3 minggu selepas Hari Raya Haji)
Atau, layari www.akikahkorban.com dan klik butang
"SEMAKAN STATUS QURBAN & AKIKAH".
Di situ juga anda boleh semak jadual sembelihan dan status perlaksanaan Qurban/Akikah anda.
__________________________________
📆 Bilakah Sembelihan Lembu Saya ?
Sembelihan akan berlangsung dari 7 Jun hingga 9 Jun 2025.
Untuk jadual sembelihan sila rujuk di pautan berikut :
"SEMAKAN JADUAL QURBAN & AKIKAH".
✅Kemaskini secara langsung di lapangan tidak dapat dilakukan kerana:
• Lokasi yang jauh di pedalaman
• Jumlah peserta yang ramai
• Fokus kepada pelaksanaan sembelihan
✅Namun, status sembelihan akan dikemas kini setiap malam jam 8 malam sepanjang hari Tasyrik, melalui laman semakan yang sama.
✅Jika anda melakukan sunat tidak memotong kuku/rambut, anda disarankan menyemak status sembelihan sebelum mengakhiri sunat tersebut.
InsyaAllah semua sembelihan akan selesai pada 9 Jun.
__________________________________
🤲 AKHIR KATA
Sahabat yang dirahmati Allah SWT sekalian,
Kami memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dalam pengurusan pendaftaran.
Amanah anda adalah tanggungjawab kami, dan InsyaAllah kami akan sedaya upaya melaksanakannya sebaik mungkin.
Kami juga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada anda dan keluarga.
Semoga Allah menerima ibadah kita semua dan melimpahkan rahmat-Nya ke atas kita.
__________________________________
Team Salam Akikah Korban 2025
🌐 www.akikahkorban.com
📞 Tel: 03-8603 6579
Masih Mencari Lembu Qurban?
Program Qurban Dipercayai Ramai.
💯 JAMINAN WANG DIKEMBALIKAN JIKA TIADA GAMBAR SEMBELIHAN
➊ Penganjuran Tahun ke 13.
➋ Dipercayai Lebih 19000 Peserta.
✅ Lebih 13 Tahun Pengalaman.
✅ 13,000+ Peserta Telah Menyertai.
✅ Gambar Sembelihan & Sijil Sah.
✅ Harga Murah - Hanya RM330 Shj.
👉Daftar Sekarang dan laksanakan ibadah Qurban anda dengan yakin bersama kami.
☎ Pejabat : 03-86036579
☎ WhatsApp : 011-5658 6430
Bantuan Sokongan :
✅ Melalui WhatsApp atau Telefon :
✅ 9 pagi ke 8 malam.
✅ Isnin hingga Sabtu.
Pembayaran Mudah Dengan Online Banking Dengan Platform BillPLZ
Anda Akan Diberikan :
1 - SMS Pengesahan
2 - Email Pengesahan
3 - Resit & Link Ke Portal Peribadi
4 - Gambar / Sijil Perlaksanaan (Setelah Selesai)
AI Website Creator