QURBAN & AKIKAH KEMBOJA 2017


Alhamdulillah, kami telah pun selesai melaksanakan semua akikah dan qurban anda.

Semua proses penghantaran sijil dan gambar juga telah selesai. Jika anda masih belum menerimanya (melalui e-mail - semak e-mail anda) sila berhubung dengan kami di no 03-8062 0029 atau whatsapp di no 010-5339614.

how to create a web page for free

RINGKASAN MISI QURBAN/AKIKAH 2017

Team dari Salam Akikah Korban berangkat ke Kemboja pada 31 Ogos 2017 dan berada di sana sehingga 8 September 2017.

Jumlah penyertaan lembu qurban dan akikah yang berjaya dikumpul pada tahun 2017 adalah sebanyak 411 ekor.

Jumlah kambing adalah sebanyak 25 ekor.

Jumlah derma yang berjaya dikumpul adalah sebanyak :

M 36,933.00

Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih dengan penyertaan dan sumbangan anda. Sumbangan daging qurban dan akikah anda pasti mendatangkan keceriaan kepada saudara se-Islam kita di Kemboja yang memerlukan.

Team kami berkunjung ke beberapa buah kampung di kawasan pedalaman yang terletak kira-kira 4 hingga 8 jam perjalanan dari Phnom Penh.

Jumlah kampung yang menerima agihan lembu adalah 52 pada tahun lalu.

Bagaimana Derma Anda Diagihkan.

Kami melawati beberapa buah kawasan pedalaman. Di sana kami laksanakan Qurban/Akikah anda sambil meninjau keadaan surau-surau di kawasan pedalaman. Derma dari sumbangan Program Selenggaraan Surau telah diagihkan mengikut keperluan mendesak di kawasan berkenaan.


Wakaf Pembinaan Masjid Rhatanakiri telah disalurkan terus ke Jawatan Kuasa Masjid. Kami melawat tapak projek pada hari raya ke 3.


Kami juga menyalurkan sumbangan anda kepada Madrasah Al-Iman di wilayah Prek Pra. Madrasah ini merupakan penerima sumbangan tetap setiap tahun, kami amat menyokong kelangsungan madrasah ini berikutan rata-rata pelajarnya adalah dari keluarga miskin dari seluruh Kemboja.


PEMBAHAGIAN DERMA 

Derma peralatan sekolah RM 4,000.00

Wakaf Masjid Rhatanakiri Kemboja RM 23,433.00

Derma Selenggaraan Surau Kemboja RM 6,000.00

Tajaan Sumbangan Untuk Kanak-Kanak Miskin RM 1,500.00

Madrasah al-iman, Prek Pra, RM 2,000.00

TOTAL RM 36,933.00

Terima Kasih diatas penyertaan dan sumbangan anda.